To Agro ditubuhkan pada 14 April 2009 dan objektif penubuhan adalah untuk menerokai bidang baru yang berpotensi iaitu bidang yang berkaitan dengan Perternakan, perikanan dan pertanian.
Ini kerana sehingga kini data yang dikeluarkan menunjukkan kurang dari 5% pengusaha di seluruh negara yang menceburkan diri dalam penternakan ikan secara komersial dan hanya 12% sahaja keperluan ikan tilapia yang dapat dikeluarkan untuk keperluan negara untuk setahun. Penglibatan kami ini mendapat bimbingan daripada badan kerajaan terutama daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan PKPS serta beberapa badan lain yang terlibat dalam dunia perikanan seperti PUGM..
Memandangkan usia penubuhan yang masih diperingkat awal, maka kami menggalas tanggungjawab yang besar untuk mewujudkan prasarana dan infrastruktur bagi tujuan pengeluaran ikan keli dan tilapia merah secara komersial dan konsisten demi untuk bersaing dengan para pengusaha ikan yang lain. Kami dengan sedaya upaya akan berusaha untuk menjadi penternak yang moden dengan penglibatan alatan atau mesin yang canggih ke arah menjadi pengusaha yang dinamik dalam mengeluarkan produk yang berasaskan perikanan ini supaya produk yang dikeluarkan adalah selamat dan berkualiti.
Untuk itu perancangan untuk mendapatkan sijil SPLAM dan sijil halal JAKIM telah difikirkan dan diaturkan supaya segala aktiviti kami tidak tersasar daripada landasan dan matlamat sebenar dalam menceburi dunia perikanan ini.
Kami juga berharap dapat menceburkan diri dalam pengeluaran produk hiliran dan makanan yang berasaskan perikanan di masa hadapan. Ini seperti pengeluaran keli salai, ikan segera sejuk beku, keli dalam tin, keropok, produk pekasam dan sebagainya. Selain itu kami juga berharap dapat mengeluarkan sendiri makanan ikan iaitu pelet kami sendiri dan membantu dalam pengurangan kos operasi di samping mempelbagaikan jenama makanan ikan yang terdapat di pasaran terutama bagi keluaran bumiputera yang halal, suci dan bersih.
Kami berharap dengan penglibatan kami sebagai ahli baru dalam komuniti perikanan ini dapat membantu dalam menghasilkan keperluan makanan negara dan seterusnya dapat membantu merangsang ekonomi negara. InsyaALLAH...
Newer Post
javascript:void(0)
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment