Projek ternak ikan mahal dalam kolam simen raih hasil lumayan
SPESIES ikan kelah atau nama saintifiknya, ‘tor tambroides’, sememangnya cukup terkenal di kalangan kaki pancing hingga ada yang beranggapan, kejayaan memperoleh ikan yang hidup dalam habitat tersendiri di lokasi terpencil hulu sungai itu, ibarat baru lulus lesen sebagai pemancing tegar.
Penternakan Ikan Kelah mampu menjana pendapatan lumayan di sektor perikanan negara Kesukaran mendapatkannya membuatkan harganya melambung tinggi, mencecah ratusan ringgit bagi ikan dewasa dan peluang menikmati masakan ikan kelah yang dianggap sebagai raja ikan sungai itu, bagaikan berdepan dengan hidangan makanan eksotik.
Ini kerana harga ikan kelah yang diborong mati dijual pada harga RM80 sekilogram, manakala yang dihidup dijual pada harga RM150. Malah, ikan kelah untuk hiasan boleh mencapai harga antara RM500 hingga RM1,000 sekilogram.
Ahmad mengembangkan minatnya memelihara ikan kelah sebagai sumber pendapatan sampingan yang lumayan.PELUANG PERNIAGAAN: Ahmad mengembangkan minatnya memelihara ikan kelah sebagai sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Namun, di sebalik kesukaran memperoleh ikan kelah dan pada masa sama ia adalah spesies dilindungi Akta Hidupan Liar dan Taman Negara, seorang warga emas dari Kampung Tualang Kudong, Labok dekat Machang, Ahmad Abdul Rahman, 58, membuktikan potensi ikan terbabit diternak dan menjana ekonomi penduduk luar bandar.
Bermula dengan minat melihat ikan kelah yang dipelihara dalam akuarium di rumah, Ahmad mengembang minatnya itu sebagai sumber pendapatan sampingan yang lumayan apabila berjaya menternak anak ikan kelah dalam kolam simen berdekatan rumahnya.
“Ketika ini, saya mempunyai empat kolam simen yang menempatkan lebih 14,000 anak ikan kelah, dan semuanya sudah ditempah oleh pemborong dari seluruh negara, untuk dipasarkan sebagai ikan hiasan atau diternak oleh mereka yang berminat.
“Selain daripada dua spesies, ia mempunyai tiga warna iaitu kelah merah, biru dan perak, tetapi kelah biru dan merah mempunyai nilai lebih tinggi kerana kecantikan warna sisiknya,” katanya.
Beliau berkata, kelah mencapai tahap matang selepas empat tahun dengan harga boleh mencecah ratusan ringgit seekor dan induk kelah mampu mencapai tumbesarannya 30 kilogram seekor dalam tempoh lebih panjang.
Ahmad berkata, sebelum menceburi ternakan kelah, beliau pernah mengusahakan ternakan ikan keli dalam kolam simen tetapi terpaksa menghentikan usaha itu kerana faktor penyelenggaraan.
“Ternakan ikan keli dalam kolam simen memerlukan penyelenggaraan yang kerap kerana airnya akan menghasilkan bau kurang menyenangkan jika dibiar lama, berbanding ikan kelah yang mampu mengekalkan kejernihan air tanpa mengeluarkan bau seperti ikan keli.
“Anak ikan kelah memerlukan keadaan air kolam yang dingin sebagai habitat yang membantu mempercepatkan tumbesarannya. Berikutan itu, keadaan kolam dilindungi daripada terkena panas terik secara langsung bagi mengurangkan kepanasan terhadap air,” katanya.
Beliau berkata, penjagaan anak ikan kelah bukan sesuatu yang rumit tetapi semua anak ikan yang diperoleh dari sekitar Sungai Kelantan terutama di kawasan hulu.
Difahamkan, untuk tujuan itu, khidmat beberapa penduduk Orang Asli digunakan dalam usaha menjaring anak ikan kelah yang dikesan dalam sungai sekitar Gua Musang dan Kuala Krai, Hulu Kelantan.
Berbekalkan lampu suluh, usaha itu dibuat pada waktu malam dengan berumpankan anak kerengga atau kelkatu yang ditabur bagi menarik perhatian anak kelah ke permukaan air sebelum diperangkap dalam jaring.
Ahmad berkata, anak ikan yang baru diperoleh dari habitat liar itu, akan ditempatkan dalam sebuah kolam transit untuk usaha mengenal pasti tahap kesihatannya sebelum dipindahkan ke kolam induk untuk jagaan sehingga dibeli pemborong.
Beliau berkata, ikan kelah yang tidak sihat akan mempunyai tanda atau tompok keputihan pada badan dengan selera makannya juga akan menurun.
Katanya, selain disediakan makanan palet, anak ikan kelah cukup menggemari buah kelapa sawit yang hanya perlu direndam sebelum dipenyekkan dan diberi makan kepada anak ikan kelah yang mengerumuninya dalam masa singkat. Selain buah sawit, anak ikan kelah turut menggemari buah ara, ubi kayu serta daun kangkung.
“Minat kelah kepada buah sawit itu juga menyebabkan pemancing yang memburu kelah sering mengggunakan umpan itu ketika memancing di habitatnya,” katanya yang mampu memperoleh jualan sehingga RM40,000 apabila semua anak kelahnya yang berada kolam dibeli pemborong.
Setakat ini, usaha pembenihan ikan kelah belum mampu dilakukan mereka kerana ikan terbabit bertelur di celah kawasan berbatu dan air terjun, menyebabkan beliau perlu membina keadaan menyerupai habitat semula jadi ikan terbabit bagi menjayakan usaha yang sedang direncanakan itu.
Anak Ahmad, Fadhil Nurhadi, 21, yang menyokong usaha bapanya itu berhasrat untuk memajukan lagi ternakan anak ikan kelah dalam jangka panjang dengan menambah bilangan kolam bagi menempatkan anak ikan kelah terbabit untuk membolehkan mereka meningkatkan tumbesarannya.
Katanya, mereka juga berhasrat menternak ikan ketutu atau ubi yang turut mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran dengan harga yang tinggi. Usaha keluarga terbabit menternak ikan kelah boleh diikuti menerusi laman sesawang, Ikan Kelah.Com.
FAKTA
Ikan kelah
Nama saintifik 2 spesies Kelah, ‘tor tambroides’ dan ‘tor Douronensis’.
* Dikenali sebagai Empurau dan Semah di Sarawak, Pelian di Sabah.
* Ukuran anak ikan 4 hingga 5 sentimeter dijual RM6 hingga RM8 seekor.
* Matang dalam tempoh empat tahun.
* Induk kelah mampu capai berat 30 kilogram.
Pemilihan Kawasan
Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:-
- Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
- Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
- Jauh dari jalan raya yang sibuk.
Sistem Pengurusan
Di antara sistem pengurusan pemeliharaan kambing adalah:
Sistem Berkurung (intensif)
Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.
Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)
Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.
Sistem Ragut Lepas
Sistem ragut lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas. Kambing-kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut sepanjang masa. Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang banyak untuk membuat kandang dan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini adalah kerana kambing ini boleh merayau dan merosakkan tanaman jiran. Di samping itu juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalah rumit kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakannya setiap masa.
Kawasan yang dipilih untuk pemeliharaan kambing mestilah strategik iaitu redup (banyak pokok-pokok besar), di kawasan yang tinggi, jauh dari jalanraya yang sibuk dan sebagainya. Terdapat 3 cara pengurusan dalam pemeliharaan kambing iaitu sistem berkurung, separuh berkurung dan ragut lepas.
Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
- Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
- Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
- Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
- Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
- Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
- Tidak terkena angin yang kencang
- Terpelihara dari hujan dan panas
- Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
- Ruang makan dan minum mencukupi
- Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.
Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.
TUJUAN PEMELIHARAAN
Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.
BAKA-BAKA KAMBING
Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.
Kambing Kacang (Katjang)
Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina.
Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus. Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
Jamnapari/Ettawah
Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan
Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.
Anglo NubianBaka Anglo
Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.
Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.
Kambing Kacukan
Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihar di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 18 - 25 kg dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg seekor.
Kambing Saanen
Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini. Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).
Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu
Kambing mudah dipelihara kerana mudah menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kambing diternak untuk daging, susu dan kulitnya. Aktiviti penternakan kambing bukan sahaja untuk pendapatan sampingan bagi pengusaha kecil tetapi juga menampung keperluan daging tempatan, seterusnya mengurangkan import daging.
- mempunyai tanduk yang melengkuk ke belakang, leher yang pendek dan belakang yang tinggi sedikit dari bahunya.
- telinga yang pendek dan tegak
- bulu yang nipis dan kasar, berwarna hitam, kadangkala bertompok putih
- kambing jantan mempunyai bulu panjang dan kasar di sekeliling tengkuknya serta mempunyai janggut.
Amnapari/Etawah
* mempunyai telinga yang besar dan panjang
* bulunya agak kusut, berwarna campuran hitam dan kekuningan
* berat kambing jantan dan betina dewasa adalah antara 60-90 kg dan 30-60 kg masing-masingnya
Anglo-Nubian
- merupakan baka import
- mempunyai badan yang besar, kaki yang panjang dan telinga yang berjuntai
- raut mukanya cembung dan mempunyai tanduk
- bulu warna perang bertompok kemerahan, perang bertompok putih, hitam atau kombinasi warna-warna tersebut
- berat badan sekitar 50-80 kg
- baka ini sesuai untuk pengeluaran susu
- anggaran susu yang dihasilkan ialah lebih kurang 200 kg dalam tempoh bersusu iaitu 261 hari
- merupakan kacukan baka tempatan dengan baka import
- sangat subur, sederhana besar dan berbagai warna bulu
- ia diternak untuk dagingnya
- kambing jantan mempunyai berat 35-45 kg sementara betina pula beratnya ialah 25-30 kg
- kambing diikat pada kayu atau pokok dengan tali kira-kira 3 mpanjang.
- kambing perlu dipindah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mempastikan ia mendapat cukup rumput segar
- sebelah malam, kambing diletak di tempat terlindung atau dalam kandang khas serta dibekalkan air, makanan tambahan tidak diperlukan
- tempat mengikat sebaik-baiknya digilirkan untuk mengelak timbulnya penyakit terutama parasit seperti cacing
- biasanya kambing diternak dalam bilangan yang kecil iaitu sekitar 5-20 ekor
- kambing-kambing dibiarkan bebas mencari makanan sendiri seperti tumbuh-tumbuhan dan rumput-rampai.
- ia dilepaskan pada waktu pagi dan dimasukkan ke dalam kandang pada waktu petang
- kambing dipelihara dalam kandang sepenuh masa
- sekali-sekala dibawa keluar untuk pendedahan kepada cahaya matahari bagi menggalakkan kesuburan, tumbesaran dan kesihatan yang baik
- kambing tidak dapat merayau merata-rata tempat dan ini memudahkan pengurusan
Anak Kambing (4 bulan ke bawah)
Selepas dilahirkan, anak kambing terus menyusu ibunya. Anak kambing bergantung kepada susu ibunya sehingga berumur 6-8 minggu. Selepas itu ia mula memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain serta makanan sedia (concentrate).
Apabila menjangkau umur 3-4 bulan, anak kambing ini akan beransur-ansur bercerai susu. Dalam masa 6-8 minggu pertama anak kambing masih di biarkan di dalam kandang tetapi ibunya dibiarkan lepas untuk meragut. Selepas tempoh itu, barulah kambing digalakkan meragut bersama-sama ibunya. Dalam keadaan di mana susu ibu tidak memadai atau ibu kambing sakit, anak kambing ini perlu diberi susu botol.
Kambing Muda (4 bulan ke atas)
Apabila mencapai umur 4 bulan, anak kambing perlu dipisah dari ibunya. Ini untuk menggalakkan ibu tersebut cepat kembali berahi seterusnya beranak semula. Anak kambing yang telah dipisahkan dari ibunya hendaklah diberi penjagaan yang rapi.
Keadaan yang basah dan lembab boleh menyebabkan radang paru-paru pada kambing. Oleh itu, penting anak-anak kambing tersebut dikandang di tempat yang sesuai pada waktu malam atau semasa hujan. Seboleh-bolehnya, kambing betina diasingkan dari yang jantan.
Bagi kambing yang sudah sarat bunting, hendaklah diberikan perhatian serta makanan tambahan yang banyak. Beberapa hari sebelum beranak, kambing tersebut diletak dalam kandang berasingan dan dibiarkan di situ sehingga anaknya boleh dipisahkan darinya.
Kambing sangat mudah diserang penyakit. oleh itu program suntikan pembasmian kutu dan cacing perlu dilaksanakan. Ubat cacing diberikan sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Suntikan vaksin Heptavac dan Heamorrhagic septicemia diberikan sekali setahun.
Kebersihan fizikal kambing perlu diambil perhatian seperti kuku yang panjang perlu dipotong dan bulu yang kotor perlu dibersihkan.
Kambing tempatan mula berahi apabila berumur 6 bulan. Musim berahi berlaku setiap 3 minggu dan berakhir kira-kira 36 jam.
Tanda-tanda berahi:
- Mula mendaki belakang rakannya
- Berminat bergaul dengan kumpulan jantan
- Mengoyangkan ekornya
- Kemaluan kembang berwarna kemerahan dan berlendir
- Kurang selera makan tetapi suka menganggu rakan
Tanda-tanda bunting:
- Tidak kembali berahi lagi
- Perutnya membesar terutama selepas 3 bulan
- Tetek membesar
- Anak dapat dirasa bila perut dipegang
Di antara kandang yang disyorkan ialah:
Kandang atas tanah
Kandang ini bersaiz 2-3 m tinggi dan 1-1.5 m panjang mengikut keperluan. Tapak di bawah kandang diperbuat daripada tanah yang dipadatkan, dan ditinggikan sedikit dari kawasan sekeliling untuk menjamin saliran yang baik dan lantai yang sentiasa kering.
Kandang bertiang
Kandang jenis ini didirikan 1.0-1.05 m dari aras tanah. Lantai diperbuat daripada papan atau kayu bulat, diatur anggaran 1 cm jaraknya antara satu dengan lain supaya najis dapat jatuh terus ke bawah. Elok untuk kawasan tanah rendah dan selalu dilanda banjir.
- Dinding diperbuat diperbuat daripada papan yang dipasang setinggi 1 m dari lantai. Seterunya dipasang papan kecil, kayu bulat atau buluh yang jarang sedikit bagi membenarkan pengaliran udara dan penembusan cahaya
- Struktur bumbung bertingkat adalah yang terbaik bagi menjamin pengudaraan. Pilihlah bahan yang menyejukkan seperti asbestos atau atap nipah
- Pagar dibina sekurang-kurangnya 1 m tinggi, strukturnya mesti kukuh. Pagar yang kukuh perlu kerana tabiat kambing yang suka melompat keluar pagar, merangkak di bawah pagar dan berdiri atas pagar menyebabkan pagar mudah rosak
Pemakanan
Ternakan yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang dan mencukupi setiap masa. Di antara makanan yang penting ialah:
Garam galian
- perlu untuk kesihatan yang baik terutama kambing yang bunting dan sedang membesar
- jenis garam yang biasa diberi ialah garam biasa, garam jilat, tepung tulang atau garam komersial seperto ‘phoshrich’
- garam diletak dalam bekas atau digantung pada dinding
Makanan konsentrat
- konsentrat atau makanan penguat adalah makanan tambahan yang dibuat dari dedak jagung, bungkil kelapa dan hampas tauhu
- contoh konsentrat ialah 2 bahagian dedak jagung: 1 bahagian dedak halus: 1 bahagian hampas kelapa.
- konsentrat komersial berbentuk pellet
- konsentrat penting sebagai makanan tambahan untuk kambing yang bunting, menyusu serta anak-anak kambing yang sedang membesar
Rumput dan kekacang
- merupakan sumber air dan serat yang baik
- ia dapat merangsang kecekapan sistem penghadaman
- seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput basah sehari
- rumput yang disyorkan seperti guinea, rumput setaria dan kekacang
- tumbuhan tempatan seperti daun mengkudu, daun turi, daun pisang muda juga digemari oleh kambing
Air
- air bersih perlu disediakan sepanjang waktu
- cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutama kambing baka susu
Kambing yang sihat kelihatan:
- Cergas, berselera maka, suka berkumpulan, bulu berkilat, kulit licin, tahi keras dan badan berisi
- Kambing berpenyakit nampak monyok, tak lalu makan, mengasingkan diri, sering mengembek, bulu kering dan meremang, tahi ceret serta badan kurus
Antara penyakit yang biasa menyerang kambing ialah:
Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
- disebabkan oleh viru
- terdapat gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir
- gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari
- kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak
rawatan:
- suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama
- asingkan kambing yang sudah dijangkiti
- beri rawatan pada gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti iodin
Kembung (Tyumpang)
- kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang
- di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil
- memastikan pemberian makanan seimbang, tidak berlebihan bahan bernitrogen seperti kekacang
- pastikan padang ragut tidak melebihi 50% kekacang
- beri makan minyak kacang atau minyak jagung
Radang paru-paru (Pneumonia)
- batuk basah adalah tanda awal
- kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus
- keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak
rawatan:
- asingkan di tempat yang lebih selesa dan tentera
- kandang bersih, kering dan cukup pengudaraan
- elakkan dari terkena hujan dan keadaan lembab
- beri suntikan antibiotik serta vitamin
Cirit-birit (Diarrhoea)
- mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti cacing, kuman atau tersalah makan
- tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok dan suka mengasingkan diri
- beri rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing
- jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
- periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
- amalkan ragutan bergilir
Penyakit-penyakit lain
- di antara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku
- keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus
- amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan
To Agro ditubuhkan pada 14 April 2009 dan objektif penubuhan adalah untuk menerokai bidang baru yang berpotensi iaitu bidang yang berkaitan dengan Perternakan, perikanan dan pertanian.
Ini kerana sehingga kini data yang dikeluarkan menunjukkan kurang dari 5% pengusaha di seluruh negara yang menceburkan diri dalam penternakan ikan secara komersial dan hanya 12% sahaja keperluan ikan tilapia yang dapat dikeluarkan untuk keperluan negara untuk setahun. Penglibatan kami ini mendapat bimbingan daripada badan kerajaan terutama daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan PKPS serta beberapa badan lain yang terlibat dalam dunia perikanan seperti PUGM..
Memandangkan usia penubuhan yang masih diperingkat awal, maka kami menggalas tanggungjawab yang besar untuk mewujudkan prasarana dan infrastruktur bagi tujuan pengeluaran ikan keli dan tilapia merah secara komersial dan konsisten demi untuk bersaing dengan para pengusaha ikan yang lain. Kami dengan sedaya upaya akan berusaha untuk menjadi penternak yang moden dengan penglibatan alatan atau mesin yang canggih ke arah menjadi pengusaha yang dinamik dalam mengeluarkan produk yang berasaskan perikanan ini supaya produk yang dikeluarkan adalah selamat dan berkualiti.
Untuk itu perancangan untuk mendapatkan sijil SPLAM dan sijil halal JAKIM telah difikirkan dan diaturkan supaya segala aktiviti kami tidak tersasar daripada landasan dan matlamat sebenar dalam menceburi dunia perikanan ini.
Kami juga berharap dapat menceburkan diri dalam pengeluaran produk hiliran dan makanan yang berasaskan perikanan di masa hadapan. Ini seperti pengeluaran keli salai, ikan segera sejuk beku, keli dalam tin, keropok, produk pekasam dan sebagainya. Selain itu kami juga berharap dapat mengeluarkan sendiri makanan ikan iaitu pelet kami sendiri dan membantu dalam pengurangan kos operasi di samping mempelbagaikan jenama makanan ikan yang terdapat di pasaran terutama bagi keluaran bumiputera yang halal, suci dan bersih.
Kami berharap dengan penglibatan kami sebagai ahli baru dalam komuniti perikanan ini dapat membantu dalam menghasilkan keperluan makanan negara dan seterusnya dapat membantu merangsang ekonomi negara. InsyaALLAH...